Wednesday, June 10, 2015

Soalan sukar ketika temuduga

Ketika dalam proses temuduga, kebiasannya soalan sukar dan mencabar akan dihadapi oleh seorang yang ditemuduga
Antara soalan sukar yang sering dikemukakan adalah :-

 - " Kenapa anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX " 
- " Kenapa anda tidak bekerja antara tahun XX hingga YY, boleh terangkan alasan anda? '
 - "Anda sering bertukar kerja, mengapa? "
 Soalan ini memang sukar untuk dijawab kerana ianya ditanya dalam keadaan spontan dimana kebiasannya anda baru sahaja selesai memperkenalkan diri. Pasti soalan ini akan menimbulkan kerisauan pada diri anda. 


Takut tersalah cakap akan boleh menyebabkan kegagalan dalam sesi temuduga tersebut. Memang agak gemuruh kalau nak menjawab soalan tersebut namun anda perlu mengetahui mengenai 3 prinsip utama dalam menjawab soalan tersebut iaitu :- 

 1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya - Setiap soalan yang ditanya adalah bagi melihat kebolehan calon berkomunikasi. - Soalan ini dapat menentukan kematangan seseorang calon tersebut. - Calon yang baik akan memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif manakala jawapan yang lemah dan gemuruh diberikan oleh calon yang kurang matang. 

 2. Jawapan yang ringkas dan sesuai - Menjawab dengan penerangan yang ringkas. Elakkan jawapan yang panjang sehingga terkeluar dari skop jawapan yang dikehendaki. - Jawapan padat juga menunjukkan kematangan calon. 

 3. Nada dan intonasi yang positif - Gunakan nada dan intonasi yang positif bagi menjawab soalan tersebut. Elakkan menggunakan perkataan-perkataan negatif seperti ' masalah', 'kecewa', 'bosan' sebaliknya gantikan dengan perkataan positif seperti 'mencabar', 'cabaran', 'peningkatan diri' dan sebagainya. - Elakkan dari menyalahkan syarikat lama. - Cuba tunjukkan yang anda bersedia memikul tanggungjawab dan berani mempelajari sesuatu yang baru. Bagaimana sekarang? Anda sudah bersedia untuk jawapan tersebut? Semoga berjaya.