Wednesday, February 18, 2015

Markah dalam Resume anda ?



Tahukah anda bahawa ketika menulis resume, terdapat markah yang akan dikira oleh penemuduga. Mereka perlu memberikan markah bagi melakukan saringan terperinci untuk memilih calon layak.
Dalam resume, kebiasannya penemuduga akan melihat beberapa kriteria untuk diberi markah. Antaranya ialah :-

Resume yang terbaik perlu ditaip


1) Biodata Calon
- Walaupun ia bukan markah yang tinggi namun biodata tetap dipandang oleh penemuduga. Antara yang dipandang biasanya adalah umur, lesen dan juga gambar. Jika gambar masa usia muda dan berbeza, pasti akan membuatkan penemuduga curiga. Elakkan menggunakan gambar lama dalam resume. Dapatkan gambar terkini dan sepatutnya gambar tersebut perlu juga berada dalam keadaan kemas. Gambar formal yang diperlukan dan bukan gambar ketika anda bercuti.
Walaupun nampak remeh namun ia akan memberi kesan terhadap markah anda. Selain itu, anda juga perlu memastikan resume mempunyai maklumat lesen kenderaan. Kebiasannya lesen ini digunakan bagi memudahkan majikan. Ini kerana mungkin kerja anda memerlukan anda memandu dan jika tiada maklumat tersebut mungkin markah anda akan mengecil.

2) Maklumat Pendidikan


- Maklumat pendidikan adalah antara kriteria penting yang dilihat. Pastikan ana menulis pendidikan tertinggi atau mengikut syarat yang dikehendaki. Jika kerja tersebut menginginkan pendidikan dalam SPM, tak perlulah anda nak menunjuk dengan menulis kelayakan ijazah sarjana anda. Majikan akan sangsi yang anda akan kerja dalam tempoh yang lama. Jadi markah akan ditolak disitu. Tapi jangan pula jawatan yang tinggi anda letak taraf pendidikan yang tak setaraf, pasti markah dan peluang anda tipis.
- Elakkan juga menulis terlalu banyak maklumat pendidikan. Tak perlu nak detail sampai pendidikan tadika pun nak masukkan sekali. Letak yang bersesuaian dengan jawatan yang diperlukan sahaja.

3) Kekemasan Resume
- Antara perkara yang penting dalam menulis resume adalah kekemasan resume itu sendiri. Anda perlu memastikan ianya mudah dibaca. Gunakan font yang mudah dibaca seperti Arial atau Times News Roman. Jangan pula gunakan font yang fancy sebab ia akan menyebabkan markah anda ditolak. Selain itu, jangan menjadikan resume anda seperti helaian kartun dengan meletak gambar-gambar ala tadika. Perlu diingat bahawa anda tidak mengenali hati budi si penemuduga itu. Jadi elakkan mengambil risiko yang akan menyebabkan markah di tolak.
- Jangan juga bermain warna dalam tulisan sehingga berwarna warni pula resume tu. Jangan pula guna kertas berwarna warni yang akan menyilaukan mata pemilih. 

4) Maklumat Pengalaman Kerja
- Maklumat pengalaman kerja adalah penting untuk dinilai oleh majikan. Seeloknya ada pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja tapi ia bukan perkara utama. Yang penting anda perlu menulis pengalaman kerja dalam resume bagi mendapat markah yang lebih.
- Pengalaman kerja yang konsisten mungkin memberikan markah yang lebih dalam penilaian anda.

5) Maklumat Penglibatan Aktiviti
- Markah bagi penglibatan aktiviti mungkin tidak memberikan markah yang tinggi. Jadi sekiranya anda ingin menulis mengenai penglibatan aktiviti ko-kurikulum perlulah bersesuaian. Tidak perlu terlalu banyak info mengenai aktiviti yang anda lakukan.

6) Hasil kerja
- Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman, kerja seperti thesis yang dilakukan di universiti juga perlu disertakan. Kalau boleh bawa sekali masa ditemuduga kerana ia akan memberi markah tambahan kepada anda.

7) Rujukan
- Rujukan tidak memberi markah tetapi tidak mustahil majikan akan cuba menghubungi rujukan tersebut. Anda kena masukkan rujukan yang bersesuaian dan seeloknya dah menghubungi mereka sebelum resume dihantar.

Berikut merupakan perkara yang memberi markah pada resume. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada majikan itu sendiri.

Nak tahu cara mendapat markah tertinggi dalam Resume anda ? Klik Banner di bawah
Dapatkan Panduan Lengkap Resume Kerja


0 comments:

Post a Comment