Tuesday, August 4, 2015

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerajaan

Ramai sekarang ni berminat untuk kerja dalam kerajaan. Sebab apa? Banyak kemudahan yang diberikan seperti

  • - Tawaran gaji yang lumayan serta terdapat kenaikan gaji tahunan. 
  • - Kemudahan perubatan sehingga pencen. Juga kemudahan perubatan untuk ibubapa, pasangan dan anak-anak 
  • - Imbuhan menarik seperti elaun perumahan dan perkhidmatan awam yang diterima pada setiap bulan
  •  - Kemudahan pinjaman perumahan serta pinjaman lain dengan kadar faedah yang paling murah 
  • - Kemudahan cuti bersalin 90 hari untuk wanita dan 7 hari untuk suami
  •  - Peluang untuk kenaikan pangkat serta melanjutkan pelajaran 
  • - Taraf jawatan tetap yang memberikan jaminan 
  • - Kemudahan pencen selepas bersara - Ganjaran-ganjaran lain 
  •  
Namun ia bukan mudah kerana terlalu banyak persaingan di luar sana. Masing-masing inginkan mendapat jawatan di dalam perkhidmatan awam. Sekiranya anda mendapat panggilan temuduga dalam perkhidmatan awam, ia bukan jaminan untuk diterima. Ia hanya satu langkah bagi para penemuduga untuk memilih anda. Tahukan anda soalan yang popular di kalangan panel temu duga kerajaan? Apakah kriteria yang biasanya mendapat markah dalam pemilihan ketika temuduga? Adakah anda benar-benar ingin lulus dalam temuduga kerajaan ini? Dapatkan panduan untuk lulus temuduga kerajaan di gambar bawah ini

  Panduan Lulus Temuduga Kerajaan

Wednesday, June 10, 2015

Soalan sukar ketika temuduga

Ketika dalam proses temuduga, kebiasannya soalan sukar dan mencabar akan dihadapi oleh seorang yang ditemuduga
Antara soalan sukar yang sering dikemukakan adalah :-

 - " Kenapa anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX " 
- " Kenapa anda tidak bekerja antara tahun XX hingga YY, boleh terangkan alasan anda? '
 - "Anda sering bertukar kerja, mengapa? "
 Soalan ini memang sukar untuk dijawab kerana ianya ditanya dalam keadaan spontan dimana kebiasannya anda baru sahaja selesai memperkenalkan diri. Pasti soalan ini akan menimbulkan kerisauan pada diri anda. 


Takut tersalah cakap akan boleh menyebabkan kegagalan dalam sesi temuduga tersebut. Memang agak gemuruh kalau nak menjawab soalan tersebut namun anda perlu mengetahui mengenai 3 prinsip utama dalam menjawab soalan tersebut iaitu :- 

 1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya - Setiap soalan yang ditanya adalah bagi melihat kebolehan calon berkomunikasi. - Soalan ini dapat menentukan kematangan seseorang calon tersebut. - Calon yang baik akan memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif manakala jawapan yang lemah dan gemuruh diberikan oleh calon yang kurang matang. 

 2. Jawapan yang ringkas dan sesuai - Menjawab dengan penerangan yang ringkas. Elakkan jawapan yang panjang sehingga terkeluar dari skop jawapan yang dikehendaki. - Jawapan padat juga menunjukkan kematangan calon. 

 3. Nada dan intonasi yang positif - Gunakan nada dan intonasi yang positif bagi menjawab soalan tersebut. Elakkan menggunakan perkataan-perkataan negatif seperti ' masalah', 'kecewa', 'bosan' sebaliknya gantikan dengan perkataan positif seperti 'mencabar', 'cabaran', 'peningkatan diri' dan sebagainya. - Elakkan dari menyalahkan syarikat lama. - Cuba tunjukkan yang anda bersedia memikul tanggungjawab dan berani mempelajari sesuatu yang baru. Bagaimana sekarang? Anda sudah bersedia untuk jawapan tersebut? Semoga berjaya.

Friday, April 3, 2015

Panggilan kerja di SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang dalam proses untuk membuat panggilan kemasukan kerja dalam perkhidmatan awam bagi tahun 2015. Adakah anda merupakan salah seorang calon yang bertuah itu ? Tidak tahu ? Cuba semak di laman SPA di link berikut 
 Adakah nama anda tersenarai dalam calon tersebut? Nampaknya anda selangkah lagi untuk berkhidmat dalam kerajaan dimana ianya sesuatu yang diimpikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Tapi cabaran anda bukan mudah. Banyak yang anda perlu ketahui terutama ketika ditemuduga oleh pegawai kerajaan yang mempunyai prosedur yang ketat. Apakah anda ingin mengetahui Rahsia dan Tips Bagi Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ? Cuba klik link dibawah ini 

Monday, March 2, 2015

Kenapa masih tak dipanggil temuduga

Susah betul nak dipanggil temuduga. Padahal 'skill' temuduga dah TIP TOP dah
Resume dah hantar kepada berpuluh buah syarikat tapi satu pun tak sangkut .
. .


Adakah anda salah seorang dari mereka yang merunggut tu ?Jika ya, maka anda perlu tahu dan sedar skill temuduga tidak berguna jika tidak dipanggil ke temuduga ... dan anda tahu yang berpuluh salinan resume itu tidak berkesan atau GAGAL dipilih untuk anda dipanggil temuduga 

Ramai graduan pandang mudah pada resume kerana ianya hanya sekadar tulis latarbelakang kita dan akademik Tetapi graduan tidak tahu, resume harus ditulis dengan 'seni'nya dan harus menepati kriteria yang betul Resume AHMAD tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Ah Long dan begitu juga resume Ah Long tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Subramaniam  

Ya, betul, anda harus memastikan resume anda menjadi sesuatu yang unik dan mewakili anda Jangan abaikan resume. Hasilkan resume yang terbaik untuk anda dipanggil ke temuduga. Jadi macam manakah caranya untuk menghasilkan RESUME yang memikat hati bakal majikan ?

Jawapannya ada pada rujukan ini kerana dalamnya ada 'blueprint' resume yang graduan abaikan;
Apa tunggu lagi, dapatkan panduan tersebut di link di bawah in
Perlu diingat, panduan ini dibuka untuk tempoh masa tertentu sahaja. Jika lambat, mungkin ianya akan ditutup. Jadi dapatkan peluang ini.

Thursday, February 26, 2015

Membuat Resume dalam Bahasa Inggeris

Resume bukan hanya dalam Bahasa Melayu, ada sesetengah syarikat lebih gemar agar resume pemohon dalam bahasa Inggeris. Jadi camne caranya untuk buat resume yang mudah? Anda boleh cuba perisian Career Igniter.



Ianya sememangnya aplikasi yang mudah kerana telah disediakan templat yang boleh disimpan dalam format .doc. Walaupun ada template, namun seseorang pencari kerja perlu juga sedikit sebanyak mengarang dalam Bahasa Inggeris. 

Tapi ramai dari kalangan pencari kerja yang sering melakukan kesilapan dalam menulis resume. Jadi sebelum itu, anda perlu memperbaiki skill dalam Bahasa Inggeris ini. Untuk itu, kami mencadangkan agar pencari kerja mendapatkan buku English Itu Mudah.

   

 Ia adalah buku yang akan menerangkan anda tentang perkara asas dalam Bahasa Inggeris terutama dari segi 'Nouns', 'Adjectives','Pronouns','Verb Tenses','Present Tenses','Past Tenses','Future Tenses' dan banyak lagi.. Sudah pasti ilmu yang dipelajari itu dapat membantu anda untuk menjadikan 'Resume' anda lebih baik. Untuk panduan Resume Terbaik, sila klik sini

Tuesday, February 24, 2015

Perbezaan Resume dengan CV

Pernahkah anda mendengar perkataan CV? Ramai yang terkeliru antara Resume dengan CV (Curriculum Vitae). Ia memang sedikit berbeza dimana resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolahan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian perlu ringkas, padat dan menarik. Biasanya Resume Kerja tidak melebihi 3 helai.



Bagi CV pula, kandungan lebih terperinci dimana ianya mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan professional. Kebiasannya CV melebihi 3-5 helai. Selain itu, CV juga memerlukan anda melampirkan maklumat projek-projek yang pernah dilakukan. Kebiasaannya CV lebih digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerja yang lebih baik.


Monday, February 23, 2015

Cara Menghasilkan Resume A+

Menulis Resume bukan satu tugas yang sukar. Anda boleh menghasilkan Resume bertaraf A+ jika kena caranya. 


Cuba anda lihat gambar dibawah ini. Adakah anda faham dengan infographic dalam Bahasa Inggeris tersebut Mestilah faham kerana ia merupakan bahasa Inggeris mudah. 




Kalau tak faham juga, anda nampaknya perlu dapatkan buku Panduan Mudah Belajar Bahasa Inggeris. Penting bagi anda menguasai Bahasa Inggeris dalam alam pekerjaan sekarang ni.

Walaubagaimanapun, saya berkongsi juga perkara penting yang ingin disampaikan dalam infographic tersebut seperti :-

1) Buat satu Tagline Professional yang menunjukkan apa yang anda mampu buat. Contoh ; ' Menerajui, Membentuk Organisasi Cemerlang'

2) Tunjukkan apa yang anda sedang lakukan. Contoh ; Pembangun Sistem Aplikasi

3) Resume yang ideal panjang kira-kira 600 patah perkataan.

4) Masukkan link url Linkedln. Mungkin ramai yang tidak mempunyai akaun Linkedln. Sesetengah majikan akan mencari maklumat di Linkedln.

 5) Pastikan mempunyai pengalaman kerja termasuk jawatan, syarikat, tempoh bekerja dan lokasi kerja terdahulu serta terkini. Seeloknya perkataan setiap satunya sekitar 13-17. Seeloknya masukkan pencapaian yang mempunyai nombor. Contoh ;
 Syarikat Penerbitan Bergaya Publishing'
 Julai 2014-Oktober 2015 Berjaya menjual 500 buah buku dalam tempoh 2 bulan

6) Maklumat Pendidikan perlu letakkan yang tertinggi sahaja.

7) Masukkan skills yang berkaitan sahaja. Jika ada skill yang unik berkaitan kerja elok dimasukkan.


8) Elakkan menggunakan font bersaiz kurang dari 11

9) Jangan terlalu banyak 'bold' atau 'underlining'

10) Sentiasa gunakan butang bullet dan jangan menggunakan perenggan.

11) Masukkan juga profil professional. Masukkan kejayaan yang pernah dicapai di luar bidang kerja.

Untuk menghasilkan resume bertaraf A+, sila dapatkan Panduan Resume Kerja Terbaik

Sunday, February 22, 2015

Kenapa menghasilkan resume kerja yang baik penting

Ada sesetengah pencari kerja yang memandang mudah untuk menghasilkan kerja. Mereka mempunyai ijazah dengan CGPA yang tinggi dan tidak mementingkan hasil resume. Mereka menyangka yang mereka akan diterima kerja dengan mudah berdasarkan CGPA yang cantik keputusannya. Tapi tahukah anda yang resume merupakan satu rujukan penting bagi para majikan memilih seseorang pekerja. Mungkin mereka akan melihat resume sebagai salah seorang penanda aras sesuatu individu itu. Ini kerana alam pekerjaan adalah amat berbeza ketika belajar. Jadi jangan memandang enteng tentang penghasilan resume. 



Kenapa menghasilkan resume kerja yang baik ? 
Persoalan ini perlu diketahui bagi setiap pencari kerja. Antara sebab menghasilkan resume kerja yang baik adalah :-
 1. Ia perlu kerana ia merupakan biodata pertama bagi diri anda. Penghasilan resume yang cincai akan melambangkan sifat peribadi anda pada majikan. Walaupun anda mempunyai CGPA yang baik tapi jika resume anda tidak lengkap, majikan biasanya akan reject atas sebab tidak serius. 

2. Menjadi sumber rujukan. Dalam resume, beberapa perkara penting boleh dinilai oleh majikan dan penemuduga. Mereka akan melihat beberapa aspek berkaitan sebelum menyaring untuk ditemuduga.

3. Memudahkan anda dalam menjawab persoalan. Jika resume anda lengkap, penemuduga tidak perlu bertanya banyak dan boleh terus menjadi resume anda sebagai sumber soalan. Jadi ia lebih mudah bagi anda untuk menjawabnya.

4. Resume yang lengkap juga memudahkan proses dokumentasi bagi majikan. Mereka boleh memasukkan maklumat yang telah dinyatakan dalam resume untuk diberikan markah. 


 Menghasilkan resume yang baik amat penting. Jika anda mengabaikannya, pasti peluang untuk mendapat jawatan diimpikan akan menjadi tipis.

| INGIN MENDAPATKAN PANDUAN TIPS RESUME ? KLIK SINI |

Wednesday, February 18, 2015

Markah dalam Resume anda ?



Tahukah anda bahawa ketika menulis resume, terdapat markah yang akan dikira oleh penemuduga. Mereka perlu memberikan markah bagi melakukan saringan terperinci untuk memilih calon layak.
Dalam resume, kebiasannya penemuduga akan melihat beberapa kriteria untuk diberi markah. Antaranya ialah :-

Resume yang terbaik perlu ditaip


1) Biodata Calon
- Walaupun ia bukan markah yang tinggi namun biodata tetap dipandang oleh penemuduga. Antara yang dipandang biasanya adalah umur, lesen dan juga gambar. Jika gambar masa usia muda dan berbeza, pasti akan membuatkan penemuduga curiga. Elakkan menggunakan gambar lama dalam resume. Dapatkan gambar terkini dan sepatutnya gambar tersebut perlu juga berada dalam keadaan kemas. Gambar formal yang diperlukan dan bukan gambar ketika anda bercuti.
Walaupun nampak remeh namun ia akan memberi kesan terhadap markah anda. Selain itu, anda juga perlu memastikan resume mempunyai maklumat lesen kenderaan. Kebiasannya lesen ini digunakan bagi memudahkan majikan. Ini kerana mungkin kerja anda memerlukan anda memandu dan jika tiada maklumat tersebut mungkin markah anda akan mengecil.

2) Maklumat Pendidikan


- Maklumat pendidikan adalah antara kriteria penting yang dilihat. Pastikan ana menulis pendidikan tertinggi atau mengikut syarat yang dikehendaki. Jika kerja tersebut menginginkan pendidikan dalam SPM, tak perlulah anda nak menunjuk dengan menulis kelayakan ijazah sarjana anda. Majikan akan sangsi yang anda akan kerja dalam tempoh yang lama. Jadi markah akan ditolak disitu. Tapi jangan pula jawatan yang tinggi anda letak taraf pendidikan yang tak setaraf, pasti markah dan peluang anda tipis.
- Elakkan juga menulis terlalu banyak maklumat pendidikan. Tak perlu nak detail sampai pendidikan tadika pun nak masukkan sekali. Letak yang bersesuaian dengan jawatan yang diperlukan sahaja.

3) Kekemasan Resume
- Antara perkara yang penting dalam menulis resume adalah kekemasan resume itu sendiri. Anda perlu memastikan ianya mudah dibaca. Gunakan font yang mudah dibaca seperti Arial atau Times News Roman. Jangan pula gunakan font yang fancy sebab ia akan menyebabkan markah anda ditolak. Selain itu, jangan menjadikan resume anda seperti helaian kartun dengan meletak gambar-gambar ala tadika. Perlu diingat bahawa anda tidak mengenali hati budi si penemuduga itu. Jadi elakkan mengambil risiko yang akan menyebabkan markah di tolak.
- Jangan juga bermain warna dalam tulisan sehingga berwarna warni pula resume tu. Jangan pula guna kertas berwarna warni yang akan menyilaukan mata pemilih. 

4) Maklumat Pengalaman Kerja
- Maklumat pengalaman kerja adalah penting untuk dinilai oleh majikan. Seeloknya ada pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja tapi ia bukan perkara utama. Yang penting anda perlu menulis pengalaman kerja dalam resume bagi mendapat markah yang lebih.
- Pengalaman kerja yang konsisten mungkin memberikan markah yang lebih dalam penilaian anda.

5) Maklumat Penglibatan Aktiviti
- Markah bagi penglibatan aktiviti mungkin tidak memberikan markah yang tinggi. Jadi sekiranya anda ingin menulis mengenai penglibatan aktiviti ko-kurikulum perlulah bersesuaian. Tidak perlu terlalu banyak info mengenai aktiviti yang anda lakukan.

6) Hasil kerja
- Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman, kerja seperti thesis yang dilakukan di universiti juga perlu disertakan. Kalau boleh bawa sekali masa ditemuduga kerana ia akan memberi markah tambahan kepada anda.

7) Rujukan
- Rujukan tidak memberi markah tetapi tidak mustahil majikan akan cuba menghubungi rujukan tersebut. Anda kena masukkan rujukan yang bersesuaian dan seeloknya dah menghubungi mereka sebelum resume dihantar.

Berikut merupakan perkara yang memberi markah pada resume. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada majikan itu sendiri.

Nak tahu cara mendapat markah tertinggi dalam Resume anda ? Klik Banner di bawah
Dapatkan Panduan Lengkap Resume Kerja