Thursday, February 26, 2015

Membuat Resume dalam Bahasa Inggeris

Resume bukan hanya dalam Bahasa Melayu, ada sesetengah syarikat lebih gemar agar resume pemohon dalam bahasa Inggeris. Jadi camne caranya untuk buat resume yang mudah? Anda boleh cuba perisian Career Igniter.



Ianya sememangnya aplikasi yang mudah kerana telah disediakan templat yang boleh disimpan dalam format .doc. Walaupun ada template, namun seseorang pencari kerja perlu juga sedikit sebanyak mengarang dalam Bahasa Inggeris. 

Tapi ramai dari kalangan pencari kerja yang sering melakukan kesilapan dalam menulis resume. Jadi sebelum itu, anda perlu memperbaiki skill dalam Bahasa Inggeris ini. Untuk itu, kami mencadangkan agar pencari kerja mendapatkan buku English Itu Mudah.

   

 Ia adalah buku yang akan menerangkan anda tentang perkara asas dalam Bahasa Inggeris terutama dari segi 'Nouns', 'Adjectives','Pronouns','Verb Tenses','Present Tenses','Past Tenses','Future Tenses' dan banyak lagi.. Sudah pasti ilmu yang dipelajari itu dapat membantu anda untuk menjadikan 'Resume' anda lebih baik. Untuk panduan Resume Terbaik, sila klik sini

Tuesday, February 24, 2015

Perbezaan Resume dengan CV

Pernahkah anda mendengar perkataan CV? Ramai yang terkeliru antara Resume dengan CV (Curriculum Vitae). Ia memang sedikit berbeza dimana resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolahan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian perlu ringkas, padat dan menarik. Biasanya Resume Kerja tidak melebihi 3 helai.



Bagi CV pula, kandungan lebih terperinci dimana ianya mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan professional. Kebiasannya CV melebihi 3-5 helai. Selain itu, CV juga memerlukan anda melampirkan maklumat projek-projek yang pernah dilakukan. Kebiasaannya CV lebih digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerja yang lebih baik.


Monday, February 23, 2015

Cara Menghasilkan Resume A+

Menulis Resume bukan satu tugas yang sukar. Anda boleh menghasilkan Resume bertaraf A+ jika kena caranya. 


Cuba anda lihat gambar dibawah ini. Adakah anda faham dengan infographic dalam Bahasa Inggeris tersebut Mestilah faham kerana ia merupakan bahasa Inggeris mudah. 




Kalau tak faham juga, anda nampaknya perlu dapatkan buku Panduan Mudah Belajar Bahasa Inggeris. Penting bagi anda menguasai Bahasa Inggeris dalam alam pekerjaan sekarang ni.

Walaubagaimanapun, saya berkongsi juga perkara penting yang ingin disampaikan dalam infographic tersebut seperti :-

1) Buat satu Tagline Professional yang menunjukkan apa yang anda mampu buat. Contoh ; ' Menerajui, Membentuk Organisasi Cemerlang'

2) Tunjukkan apa yang anda sedang lakukan. Contoh ; Pembangun Sistem Aplikasi

3) Resume yang ideal panjang kira-kira 600 patah perkataan.

4) Masukkan link url Linkedln. Mungkin ramai yang tidak mempunyai akaun Linkedln. Sesetengah majikan akan mencari maklumat di Linkedln.

 5) Pastikan mempunyai pengalaman kerja termasuk jawatan, syarikat, tempoh bekerja dan lokasi kerja terdahulu serta terkini. Seeloknya perkataan setiap satunya sekitar 13-17. Seeloknya masukkan pencapaian yang mempunyai nombor. Contoh ;
 Syarikat Penerbitan Bergaya Publishing'
 Julai 2014-Oktober 2015 Berjaya menjual 500 buah buku dalam tempoh 2 bulan

6) Maklumat Pendidikan perlu letakkan yang tertinggi sahaja.

7) Masukkan skills yang berkaitan sahaja. Jika ada skill yang unik berkaitan kerja elok dimasukkan.


8) Elakkan menggunakan font bersaiz kurang dari 11

9) Jangan terlalu banyak 'bold' atau 'underlining'

10) Sentiasa gunakan butang bullet dan jangan menggunakan perenggan.

11) Masukkan juga profil professional. Masukkan kejayaan yang pernah dicapai di luar bidang kerja.

Untuk menghasilkan resume bertaraf A+, sila dapatkan Panduan Resume Kerja Terbaik

Sunday, February 22, 2015

Kenapa menghasilkan resume kerja yang baik penting

Ada sesetengah pencari kerja yang memandang mudah untuk menghasilkan kerja. Mereka mempunyai ijazah dengan CGPA yang tinggi dan tidak mementingkan hasil resume. Mereka menyangka yang mereka akan diterima kerja dengan mudah berdasarkan CGPA yang cantik keputusannya. Tapi tahukah anda yang resume merupakan satu rujukan penting bagi para majikan memilih seseorang pekerja. Mungkin mereka akan melihat resume sebagai salah seorang penanda aras sesuatu individu itu. Ini kerana alam pekerjaan adalah amat berbeza ketika belajar. Jadi jangan memandang enteng tentang penghasilan resume. 



Kenapa menghasilkan resume kerja yang baik ? 
Persoalan ini perlu diketahui bagi setiap pencari kerja. Antara sebab menghasilkan resume kerja yang baik adalah :-
 1. Ia perlu kerana ia merupakan biodata pertama bagi diri anda. Penghasilan resume yang cincai akan melambangkan sifat peribadi anda pada majikan. Walaupun anda mempunyai CGPA yang baik tapi jika resume anda tidak lengkap, majikan biasanya akan reject atas sebab tidak serius. 

2. Menjadi sumber rujukan. Dalam resume, beberapa perkara penting boleh dinilai oleh majikan dan penemuduga. Mereka akan melihat beberapa aspek berkaitan sebelum menyaring untuk ditemuduga.

3. Memudahkan anda dalam menjawab persoalan. Jika resume anda lengkap, penemuduga tidak perlu bertanya banyak dan boleh terus menjadi resume anda sebagai sumber soalan. Jadi ia lebih mudah bagi anda untuk menjawabnya.

4. Resume yang lengkap juga memudahkan proses dokumentasi bagi majikan. Mereka boleh memasukkan maklumat yang telah dinyatakan dalam resume untuk diberikan markah. 


 Menghasilkan resume yang baik amat penting. Jika anda mengabaikannya, pasti peluang untuk mendapat jawatan diimpikan akan menjadi tipis.

| INGIN MENDAPATKAN PANDUAN TIPS RESUME ? KLIK SINI |

Wednesday, February 18, 2015

Markah dalam Resume anda ?



Tahukah anda bahawa ketika menulis resume, terdapat markah yang akan dikira oleh penemuduga. Mereka perlu memberikan markah bagi melakukan saringan terperinci untuk memilih calon layak.
Dalam resume, kebiasannya penemuduga akan melihat beberapa kriteria untuk diberi markah. Antaranya ialah :-

Resume yang terbaik perlu ditaip


1) Biodata Calon
- Walaupun ia bukan markah yang tinggi namun biodata tetap dipandang oleh penemuduga. Antara yang dipandang biasanya adalah umur, lesen dan juga gambar. Jika gambar masa usia muda dan berbeza, pasti akan membuatkan penemuduga curiga. Elakkan menggunakan gambar lama dalam resume. Dapatkan gambar terkini dan sepatutnya gambar tersebut perlu juga berada dalam keadaan kemas. Gambar formal yang diperlukan dan bukan gambar ketika anda bercuti.
Walaupun nampak remeh namun ia akan memberi kesan terhadap markah anda. Selain itu, anda juga perlu memastikan resume mempunyai maklumat lesen kenderaan. Kebiasannya lesen ini digunakan bagi memudahkan majikan. Ini kerana mungkin kerja anda memerlukan anda memandu dan jika tiada maklumat tersebut mungkin markah anda akan mengecil.

2) Maklumat Pendidikan


- Maklumat pendidikan adalah antara kriteria penting yang dilihat. Pastikan ana menulis pendidikan tertinggi atau mengikut syarat yang dikehendaki. Jika kerja tersebut menginginkan pendidikan dalam SPM, tak perlulah anda nak menunjuk dengan menulis kelayakan ijazah sarjana anda. Majikan akan sangsi yang anda akan kerja dalam tempoh yang lama. Jadi markah akan ditolak disitu. Tapi jangan pula jawatan yang tinggi anda letak taraf pendidikan yang tak setaraf, pasti markah dan peluang anda tipis.
- Elakkan juga menulis terlalu banyak maklumat pendidikan. Tak perlu nak detail sampai pendidikan tadika pun nak masukkan sekali. Letak yang bersesuaian dengan jawatan yang diperlukan sahaja.

3) Kekemasan Resume
- Antara perkara yang penting dalam menulis resume adalah kekemasan resume itu sendiri. Anda perlu memastikan ianya mudah dibaca. Gunakan font yang mudah dibaca seperti Arial atau Times News Roman. Jangan pula gunakan font yang fancy sebab ia akan menyebabkan markah anda ditolak. Selain itu, jangan menjadikan resume anda seperti helaian kartun dengan meletak gambar-gambar ala tadika. Perlu diingat bahawa anda tidak mengenali hati budi si penemuduga itu. Jadi elakkan mengambil risiko yang akan menyebabkan markah di tolak.
- Jangan juga bermain warna dalam tulisan sehingga berwarna warni pula resume tu. Jangan pula guna kertas berwarna warni yang akan menyilaukan mata pemilih. 

4) Maklumat Pengalaman Kerja
- Maklumat pengalaman kerja adalah penting untuk dinilai oleh majikan. Seeloknya ada pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja tapi ia bukan perkara utama. Yang penting anda perlu menulis pengalaman kerja dalam resume bagi mendapat markah yang lebih.
- Pengalaman kerja yang konsisten mungkin memberikan markah yang lebih dalam penilaian anda.

5) Maklumat Penglibatan Aktiviti
- Markah bagi penglibatan aktiviti mungkin tidak memberikan markah yang tinggi. Jadi sekiranya anda ingin menulis mengenai penglibatan aktiviti ko-kurikulum perlulah bersesuaian. Tidak perlu terlalu banyak info mengenai aktiviti yang anda lakukan.

6) Hasil kerja
- Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman, kerja seperti thesis yang dilakukan di universiti juga perlu disertakan. Kalau boleh bawa sekali masa ditemuduga kerana ia akan memberi markah tambahan kepada anda.

7) Rujukan
- Rujukan tidak memberi markah tetapi tidak mustahil majikan akan cuba menghubungi rujukan tersebut. Anda kena masukkan rujukan yang bersesuaian dan seeloknya dah menghubungi mereka sebelum resume dihantar.

Berikut merupakan perkara yang memberi markah pada resume. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada majikan itu sendiri.

Nak tahu cara mendapat markah tertinggi dalam Resume anda ? Klik Banner di bawah
Dapatkan Panduan Lengkap Resume Kerja